Sabtu, 23 April 2011

PROFILE PERSATUAN JomMELAYU






Sejarah JomMELAYU

 JomMelayu atau juga dikenali sebagai JM telah ditubuhkan pada 08.05.2009. JM diasaskan oleh Myediaz@ Darkcrab atau lebih mesra dikenali sebagai Ketam@abah dikalangan warga-warga JM. JM hadir dengan slogan "Hanya Melayu Kenal Siapa Melayu" telah menitikberatkan hubungan sesama Melayu (Rumpun Melayu) itu sendiri dari segi silaturrahim dan pemikiran.

JM ingin memartabatkan bangsa Melayu kerana "Bukan Kuantiti Yang Di Cari Tetapi Kualiti Bangsa Melayu Itu Sendiri". Di  JM kita dapat bertukar-tukar pendapat dan berbincang mengenai apa saja yang dapat memberi info dan ilmu untuk dikongsi bersama.

JomMelayu terbahagi kepada beberapa zon bagi menyeimbangi  hubungan dan informasi terkini dalam penyatuan dan pemahaman ertikata Melayu Berkualiti.


Grup Zon :-

  •  Zon Borneo (Sabah,Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan)
  •  Zon Selatan (Johor, Negeri Sembilan & Melaka)
  • Zom Timur (Kelantan, Pahang & Terengganu)
  •  Zon Utara  (Pulau Pinang, Kedah & Perlis)
  •  Zon Tengah ( Selangor, Perak & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)

 Tujuan Dan Matlamat

Persatuan ini ditubuhkan adalah bertujuan untuk mengajak orang-orang melayu bersatu dalam aspek penyatuan agar menjadi suatu bangsa yang berkualiti dari segi kebajikan, keagamaan, hubungan dan kekuatan mental. Rekreasi dan kemasyarakatan adalah laluan mendidik kekuatan fizikal dan mental.

Dimana , bila ianya berkaitan dengan rekreasi membawa maksud aktiviti-aktiviti riadah , sukan, perjumpaan dan sebagainya. Yang bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan di kalangan ahli persatuan, ahli keluarga dan juga pihak-pihak tertentu.

Kemasyarakatan bermaksud membawa kepada aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan kebajikan, lawatan dan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan (ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, warga emas, fakir miskin dan sebagainya.). Membantu di kalangan belia dari ancaman dadah dan kehidupan sosial yang keterlaluan.

Akan menubuhkan unit khas hanya untuk mengawasi aktiviti-aktiviti yang berkaitan agar urusan-urusa tertentu
 dapat dilaksanakan tanpa ada cacat celanya.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan