Sabtu, 23 April 2011

Aktiviti JomMelayu

1) 01.08.2009
- Gathering kecil JM di Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

2) 07.08.2009
- Gathering kecil JM di Bangi Kopitiam , Melawati , Kuala Lumpur

3) 24.08.2009
- Gathering meeting JM di Khulafa Restoran

4)29.08.2009
- Gathering kecil JM di Kedai kopi Kuala Perlis

5)06.09.2009
- Gathering kecil  JM di Pelita Restoran , sek.9 , Shah Alam

6) 13.09.2009
- Gathering berbuka puasa JM anjuran zon Tengah di Restoran Taman Tasik Indah , Shah Alam

7) 23.09.2009
- Gathering kecil JM di Mc Donald , Kota Bahru

8) 03.10.2009
Majlis Hari Raya JM anjuran zon Selatan di Rumah Limas Batu Pahat, Danga Bay, Johor Bahru

9) 12.10.2009
- Gathering kecil meeting , KFC ,Penang

10) 17.10.2009
- Rumah Terbuka Raya di rumah AH(Anak Hantu), USJ, Subang Jaya, Selangor

11) 07.11.2009
- Gathering JM anjuran JM zon utara di Naza Hotel ,Tg.Bungah, Penang.

12) 28.11.2009
- Gathering Hari Raya  Haji (NOR)

13) 03.03.2010
- Minum Petang JM anjuran zon selatan di FoodCourt,Kotaraya ,Johor Bahru

14) 06.03.2010
- Gathering JM anjuran Zon Timur , Restoran Ukir Sri Tanjung, Kota Bahru, Kelantan

15) 08.05.2010
- Ulangtahun Pertama JM , TM Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan

16)07.07.2010
- Lawatan ke Rumah Anak-anak Yatim,
Rumah anak-anak yatim & Miskin(perempuan) Al Barakah, Teluk Intan, Perak.
- Sumbangan wang dan Peralatan tulis.

17) 10.07.2010
- Fly to the land below the wind anjuran JM zon Borneo ,
Restoran Nasi Padang Ibu, Kota Kinabalu, sabah

18) 21.08.2010
-Tangisan sejuta wajah @Majlis berbuka puasa JM bersama anak-anak yatim
- Rumah anak-anak Yatim&Miskin(Perempuan)Al Barakah , Teluk Intan, Perak
- Sumbangan wang, bajuraya dan juadah berbuka puasa

19) Majlis Berbuka puasa JM
Restoran Pak Su , Sek.16, Shah Alam

20) Majlis Hariraya JM merai anak-anak Yatim Al Barakah, Teluk Intan, Perak
di Chalet Permata , Pengkalan Balak, Melaka
- Sumbangan dan cenderamata kepada anak-anak yatim.

21) Hari Keluarga JM jalinan Ukhuwah
(bersama anak-anak yatim Rumah Nur Assadikin, Kg Che Bema , Sg Petani, Kedah bersama belia 4B Sg Petani, Kedah)
di Pantai Merdeka Beach Resort , Sg Petani, Kulim Kedah
- sumbangan wang,barangan makanan ,cenderahati dan cabutan bertuah.




  • Walaupun persatuan ini masih lagi dalam pemerosesan untuk menjadikannya sebuah pertubuhan yang sah, kami  sentiasa akan terus berusaha bagi meneruskan niat dan usaha kami demi agama, bangsa dan negara. semoga apa yang dicitakan akan membawa kepada keberhasilan.




KELEBIHAN BERSEDEKAH







‘Tidak akan dikurangi harta dengan sebab bersedekah, Allah tidak menambah keampunan seseorang hamba melainkan seseorang itu ditambahkan dengan kemuliaan.Tidaklah seseorang itu merendah diri kerana mengharapkan keredhaan Allah melainkan akan diangkat darjatnya’. (Riwayat Muslim)

Sedekah berasal dari kata sadaqa yang bererti benar. Orang yang suka bersedekah adalah orang yang benar pengakuan imannya. Menurut terminologi syariat, pengertian sedekah sama dengan pengertian infaq iaitu mengeluarkan sebahagian dari harta untuk suatu kepentingan yang diperintahkan Islam.

 Namun begitu, sedekah memberi maksud yang lebih luas daripada infaq kerana infaq hanya berkaitan dengan material, manakala sedekah merangkumi material dan non-material.

Walaupun kebanyakan kalimah sedekah yang disebut dalam Al-Quran membawa maksud berzakat, namun perkara yang diperhatikan adalah bahawa, jika seseorang itu telah berzakat tetapi masih mempunyai kelebihan harta, sangat dianjurkan untuk berinfaq dan bersedekah. Selain daripada sedekah wajib, umat Islam digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda kesyukuran akan nikmat yang dikurniakan Allah terutamanya nikmat Islam.


Perbandingan sedekah menurut Al-Quran
“Bandingan pemberian orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, setiap tangkai itu mengandungi 100 biji. Dan ingatlah, Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( rahmatNya ) lagi meliputi ilmu pengetahuanNya”. ( Al-Baqarah : 261 )


Dipanjangkan umur dan mencegah ajal yang buruk
Maksud sabda Rasulullah saw : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya” ( H.R. Tabrani )

Menolak bala bencana
Maksud sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” ( H.R Al-Baihaqi )

Selagi peluang masih ada
Dari Abu Hurairah r.a katanya : Seorang lelaki menghadap Rasulullah saw lalu bertanya : Wahai Rasulullah! Sedekah mana satu yang lebih besar ? Nabi saw menjawab : Engkau bersedekah ketika sihat dan sangat sayangkan hartamu; ketika engkau takutkan kepapaan dan berharap hendakkan kaya-raya. Janganlah engkau bertangguh untuk bersedekah, sehingga apabila nyawa sampai ke kerongkong, barulah engkau berkata : Aku mahu bersedekah untuk si anu.. sekian untuk si anu dan sekian lagi untuk si anu ( H.R Al-Bukhari ) 



HARTA DUNIA SETAKAT MANA ??



Alhamdulillah atas nikmat kehidupan dalam Islam yang Allah kurniakan. Saya mengingatkan diri agar terus-terusan berdoa supaya kekal dalam Islam dan mati di dalamnya. Beruntunglah bagi orang yang hatinya tetap di jalan yang Allah redhai. Saya mulakan perkongsian ini dengan firman

Allah dalam Surah Al-Hadid:

" Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa Yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan Akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." (57:20)

Ayat ini menyatakan nikmat dunia yang sering dikejar manusia termasuklah kekayaan dan anak keturunan. Ya, kedua-dua nikmat inilah yang akan menguji manusia di dunia ini. Andai tiada benteng pertahanan yang kukuh, maka kita akan lalai dan berasa asyik untuk mengejarnya. Betapa banyak kita melihat kini ramai manusia yang meletakkan nilai material sebagai ukuran kejayaan hidup. Tidak dinafikan harta itu penting dalam memastikan kelangsungan hidup. Namun, apabila ia menjadi matlamat hidup dan diusahakan siang dan malam, maka tersasarlah manusia dari tujuan utama kehidupan iaitu untuk mencari redha-Nya.

Sahabat-sahabat sekalian,

Allah telah mengingatkan manusia tentang ujian harta dunia ini sepertimana firmanNya dalam Surah At-Taubah:

" Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka)." (9:24)

Ayat ini menunjukkan keluarga dan kekayaan mampu menghalang kita dari berjihad ke jalan Allah. Kadangkala urusan mencari harta menyebabkan kita kurang menekankan kepentingan untuk menuntut ilmu. Sedangkan menuntut ilmu itu kewajipan. Ilmulah dapat membantu kita memperbaiki amalan harian kita. Usaha menambahbaik amalan juga kadangakala dilupakan akibat terlalu fokus dalam mencari harta dunia.

Sahabat-sahabat sekalian,
Satu perkara yang perlu kita fikirkan ialah, harta dunia ini hanya sementara, kelak ia akan ditinggalkan. Hanya amalan kita yang menjadi bekal untuk dibawa menghadapNya. Tanpa sedikit pun diabaikan, setiap butir bicara, amalan dan gerak hati kita akan dihitung. Takut. Itu pasti, risau, dan mencemaskan. Itu perasaan yang sepatutnya hadir dalam jiwa bila mengingatkan mati dan mengenangkan amalan kita selama ini. Setiap detik kita semakin hampir dengan kematian.

Akhirnya, saya menyeru diri dan sahabat-sahabat sekalian untuk kita sama-sama menyeimbangkan urusan mencari harta dengan menambahbaik amalan kita. Alangkah baiknya jika ia seiring, bergandingan dan saling memanfaatkan. Gunakan harta yang diperoleh ke jalan kebaikan, zakat dan sedekah. Moga harta kita sentiasa dibersihkan dengan amalan-amalan tersebut. Ingatlah harta dunia hanya alat bukan matlamat hidup kita. Wahai diri, ingat harta hanya sementara, dunia bakal ditinggalkan, amalan itu bekal dan kekal dalam pemerhatianNya.

~cEQ TeE ~

NIKMAT BERSEDEKAH




PROFESOR psikologi dari Universiti Oregon, Ulrich Mayr berpendapat amalan bersedekah mengaktifkan sel-sel otak dan ini akan menjadikan orang yang berbuat demikian berasa seronok. Pandangan itu diterbitkan oleh jurnal Science (2007) yang diketahui oleh ahli akademik sebagai jurnal berpengaruh.
Ulrich Mayr  juga mendapati bahawa rasa seronok bersedekah itu bolehlah dikatakan sama atau lebih daripada menikmati makanan atau hubungan kelamin. Ini kerana bahagian otak yang teraktif dari amalan tersebut berada di bahagian yang sama untuk menikmati makanan dan juga hubungan kelamin.
Selain itu amalan suka bersedekah juga dikaitkan dengan sifat suka menolong orang lain yang juga menjadikan seseorang itu rasa seronok selepas berbuat demikian. Itu sebabnya orang yang menolong selalu keberatan menerima habuan kewangan kerana berasa seronok membantu. Ini dikatakan sebagai sifat altruisme atau bahasa mudahnya ringan tulang.
Nabi kita telah memberitahu kita lama dahulu bahawa hanya orang yang banyak bersedekah tahu nikmatnya. Tidak hairanlah penulis pernah melihat pakcik tua pada hari Jumaat pasti bersedekah.Pakcik tersebut tahu, kita yang muda ini mungkin ada banyak pilihan lain untuk berseronok. Teringat pula kehebatan Saiyidina Umar Al-Khattab bersedekah separuh hartanya dan dia rasa seronok; tetapi hebat lagi sedekahnya Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq yang bersedekah seluruh hartanya.
Tapi….KITA ??!!

surah penghibur hati



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat &
diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.
Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.
Rasanya lebih manis daripada madu,
warnanya pula lebih putih daripada susu
dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi
iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

P/S ~ Bacalah surah ini sekerap yg mungkin bila bersedih.. InsyaAllah kesedihan yg dialami akan hilang…